Tuesday, November 27, 2012

jom main satu game :)



i) Pilih bulan kelahiran korang:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku peluk
Mac - Aku belasah
April - Aku gigit
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi korang:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Lin Dan
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang korang
pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/
hensem
Hitam - Sebab ko kesah nape?
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku sayang dia
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku
hebat

sambungkan bg jadi 1 ayat .

KONGSI-KONGSILAH JAWAPAN
KORANG xD

UPDATED

[KRONOLOGI PERGOLAKAN DI MESIR]

22 November 2012 | Khamis :

Dr Morsi telah membuat 6 keputusan besar yang menakutkan saki baki rejim Mubarak dan sekular serta anti Islam :

1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula.

2) Semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah.

3) Apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.

4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.

5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru.

6) Mursi melantik Tala'at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.

#Jika diamati, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Morsi adalah bertujuan untuk mengeluarkan semua saki baki fulul (pro rejim Mubarak) daripada 'membuat kacau' sekaligus menjaga revolusi 25 Januari.


23 November 2012 | Jumaat:

- Berlaku Dua perhimpunan utama di Kaherah selepas Solat Jumaat iaitu antara penyokong dan pembangkang keputusan Presiden Mursi. Kumpulan rakyat yang menyokong keputusan Mursi telah berhimpun di hadapan Istana Ittihadiyah dan Kumpulan rakyat pembangkang Mursi pula berhimpun di dataran Tahrir.

- Jumlah mereka yang berhimpun yang menyokong keputusan Dr Mursi jauh lebih ramai berbanding mereka yang membangkang.

- Dr Morsi menjelaskan sebab beliau menggunakan kuasa istimewa Presiden Republik adalah bertujuan untuk menyekat ancaman-ancaman dan perancangan jahat fulul saki baki rejim Mubarak.

- Dalam masa yang sama, pembangkang Morsi terus menerus menggelar Dr Morsi sebagai "Diktator" , "bayangan Mubarak" dan lain-lain gelaran melalui lidah-lidah akhbar mereka.

- Antara laungan yang kedengaran dari pembangkang Dr Morsi ialah "Jatuh, jatuh kerajaan Mursyid" (Mursyid merujuk kepada Syeikh Badi', Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin)

- Pejabat-pejabat rasmi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan Pejabat Ikhwan Muslimin mula menjadi sasaran. Pejabat FJP Cawangan Iskandariah diserang dan dibakar oleh kumpulan Pejuang Kebebasan Arab Mesir yang anti Islam dan anti Ikhwan Muslimin. (sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan Iskandariah ketika itu menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah)

- Dr.Mohammad Mahsub (Menteri Undang-undang Mesir) mengulas mengenai tindakan kumpulan yang menentang keputusan Dr Mursi sekalipun keputusan tersebut membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. Kumpulan penentang ini masih menganggap diri mereka pembangkang kerana berada di bawah rejim Mubarak terlalu lama.

katanya lagi "Rakyat Mesir hidup terlalu lama dalam kezaliman, lebih 30 tahun. Waktu itu mereka adalah pembangkang kepada kerajaan. Hari ini, mereka terus menganggap diri mereka pembangkang kepada kerajaan Mursi sedangkan Mursi telah memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan parti politik..Dalam Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, dalam Parlimen."


24 November 2012 | Sabtu :

- Siri-siri serangan ke atas pejabat FJP terus berlaku.

- Pejabat Ikhwan Muslimin di 'Ain Syams diserang dengan molotov oleh pihak yang tidak diketahui yang menyebabkan kebakaran pada pejabat tersebut. Penduduk tempatan berusaha memadamkan kebakaran.

- Pejabat FJP di Jalan Jisr Suez, Alfu Maskan kira-kira 500 meter dari pejabat Ikhwan yang dibakar sebelum itu turut diserang.

- PORT SAID, beberapa orang pemuda dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) menyerang pejabat FJP wilayah.

- Di Damanhur, wilayah Buhaira para penyokong Mursi berjaya memberkas 5 orang kumpulan samseng upahan membawa senjata tajam dan molotov cuba menyerang Pejabat Ikhwan Muslimin wilayah

- Abul 'Izz Hariri, seorang Ahli Parlimen Mesir dari Parti Sosialis Rakyat, berhaluan kiri telah ditangkap sewaktu membayar upah kepada kumpulan samseng bagi membakar pejabat dan markaz Ikhwan Muslimin di Iskandariah.
Beliau antara 13 calon yang bertanding Presiden Mesir pada pusingan pertama semasa Pilihanraya Presiden yang lalu.

- Peguam Negara yang baru, Tala'at Ibrahim memulakan tugas hari pertama hari ini, Sabtu dengan pertemuan dengan anggota Jabatan Pendakwaraya Negara. Beliau berjanji akan kembali membicarakan Mubarak serta orang kanannya terdekat di "mahkamah revolusi".

Selepas pelantikan Peguam Negara baru Khamis lalu, kerajaan Mesir menyenaraikan nama-nama kroni Mubarak serta bekas-bekas menteri dalam senarai mereka yang dilarang ke luar negara.

- sekumpulan pemuda dipercayai dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) dan gerakan kebangsaan menyerang pejabat Ikhwan Aswan. Mereka memecahkan pintu pagar besi bangunan dan mengoyak poster dan iklan yang ditampal sambil melaungkan cercaan kepada Ikhwan dan parti FJP.

- Pusat Operasi laman web Ikhwanonline diserang dan dibakar menyebabkan kemusnahan kepada pintu masuk pejabat

- Kelab Hakim wilayah Iskandariah memutuskan untuk menggantung kerja di semua kompleks hakim di Iskandariah sebagai protes keputusan Mursi.

- Kelab Hakim Mesir sekarang mengadakan Mesyuarat Khas Tergempar bagi membincangkan keputusan Presiden Mursi Khamis lepas.

- Puluhan anggota parti aliran sekular/liberal dan gerakan kebangsaan meneruskan perkampungan di Tahrir meminta Mursi menarik balik keputusan yang dibuatnya Khamis lalu.


25 November 2012 |Ahad :

- GAGAL! Walaupun Kelab Hakim Mesir mengumumkan untuk menggantung kerja di seluruh kompleks mahkamah di Mesir sebagai bantahan keputusan Presiden Dr.Mursi, hakikat yang berlaku pada hari ini agak berbeza.

- Keputusan yang diumumkan oleh Presiden Kelab Hakim Mesir, Ahmed Az-Zindi (yang terkenal dengan orang Mubarak) semalam yang mengugut jika Mursi meneruskan keputusannya, seluruh hakim dan peguam akan memulakan mogok seakan-akan tiada sambutan dengan, para hakim dan kakitangan pendakwaraya di wilayah-wilayah menjalankan tugasan seperti biasa hari ini.

- Ratusan peguam berhimpun di hadapan Kompleks Mahkamah Iskandariah menolak keputusan Kelab Hakim wilayah tersebut.

- Mereka turut mengecam Az-Zindi yang bagi mereka adalah 'tali barut' kepada Mubarak dan bekas Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud. Turut dikecam pendirian Presiden Kelab Peguam Mesir, Samih 'Asyur yang turut menyokong pendirian Az-Zindi.

- Islam Mas'oud berumur 15 tahun, telah dibunuh oleh samseng yang dibayar ketika mempertahankan markaz Ikhwan Muslimin di Damanhur. Terdapat lebih 60 kecederaan. Selama dua hari berturut-turut ketika serangan berlaku, tiada langsung kawalan daripada pihak keselamatan.

- Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas.

- lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di Iskandariah di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah (Jumaat lalu), yang terletak dekat masjid tersebut


26 November 2012 | Isnin :

- Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu

- Dr.Mohammad Barad'ie antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.

- Pejabat Utama Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Jalan Al-Bahr, bandar Tanta hari ini pula diserang dengan batu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali antara 40 hingga 50 orang.

- Pakatan kumpulan Islam (Gabungan Ikhwan Muslimin, parti FJP, Parti Nur, Jamaah Islamiyah dan Gerakan Salafiyah) yang bercadang mengadakan himpunan menyokong Mursi esok di hadapan Universiti Kaherah memutuskan untuk menangguhkan himpunan kepada satu tarikh yang belum ditentukan setelah melihat situasi politik semasa yang melanda negara.

- Gabungan kebangsaan Mesir bersama-sama parti-parti politik beraliran sekular dan liberal tetap meneruskan himpunan di dataran Tahrir.Mereka telah berkampung di Tahrir sejak Jumaat lepas dan bilangan penyokong mereka dijangka bertambah.


27 November 2012 | Selasa :

- Hamdin Sobahi berkata, parti-parti sealiran dengannya akan berkampung dan meneruskan tekanan serta protes sehingga Mursi 'kembali berundur' dengan membatalkan keputusan yang dibuatnya Khamis, 22 November lepas.

- Malam, berlaku pertempuran yang dahsyat antara pemuda Ikhwan Muslimin dengan kumpulan samseng di bandar Mahalah Kubra, wilayah Gharbiyah.

- Dilaporkan Seramai 200 pemuda Ikhwan Muslimin Muhafazah Gharbiyah mengalami kecederaan, dan dikatakan 4 daripada mereka mengalami kecedaraan yang kritikal.

- Serangan dilakukan oleh samseng upahan fulul Parti Watan dan dari sebahagian golongan kiri revolusi Mesir yang diketuai oleh Hamdy Fakhrani. Serangan dilakukan ke atas Markaz Ikhwan Muslimin dan Markaz FJP bandar Mahalla.

- Mangsa kecederaan kritikal dipindahkan ke Hospital Universiti Tanta, Hospital Mahalla Am, dan beberapa hospital swasta di bandar Mahalla.

- Dengan ketiadaan pasukan polis, pemuda pemuda Ikhwan Muslimin seakan menjadi perisai perisai hidup mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan ibu pejabat Ikhwan Muslimin dan FJP.


#Teruskan berdoa untuk kesejahteraan Mesir dan kepimpinan Dr Morsi dalam menegakkan Islam di bumi nil ini. Ini adalah perjuangan antara Islam dan Kuffar! antara Haq dan Bathil! Perjuangan ini tidak mudah, anak-anak fir'aun masih ramai berkeliaran membuat onar.

Mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang!


Sumber :
Abdul Malik
R.N.N
Ikhwan Online
Page FJParty
Page "Ikhwan Muslimin" Tarbiyah Jihad dan Dakwah
Page Ikhwan Muslimin
Page Ikatan Ikhwan Muslimin Sedunia

IKRAM Mesir 2012

Thursday, November 15, 2012

apakah paksi hidup anda?

Kita perlu bijak sebagai hambaNya. Mana satu paksi hidup kita...

Adakah ini :
... perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik...[24:26]

Atau ini:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56]

THINK AGAIN.
 
 comment from readers;
person A: berkait rapat dgn analogi ibnu qayyim tentang dunia ibarat bayang2..
     
Bismillah.Kata Ibnu Qayyim RH(wafat 751H), Dunia itu seperti bayang-bayang, kamu tidak 
akan mampu mengejarnya jika kamu ingin mengejarnya ,tetapi jika kamu tinggalkan,
ia tiada pilihan melainkan mengikutmu".
 
person B: dikatakan dua-dua ayat perlu dipegang kerana kalam itu adalah kalamullah..
bukan hak kita utk memilih2 ayat al-quran, wajib kite beriman dgn kitab (al-quran) yg salah satu rukun iman.. bernikah juga adalah ibadat, dituntut dlm islam.. kne rujuk balik asbabun nuzul, sebab ayat itu diturun kn..
        rujukan ( asbabun nuzul )
 
person C: berkaitan novel Cinta High Class.. then boleh tau mana prioriti kita tanpa mengurangi pegangan dua2 ayat al-quran di atas.. ingin melontarkan jawapan dasar 'kenapa hidup' pd ayat 2, kemudian baru 'bagaimana hidup' pd ayt 1 dan 2 dgn ayat 1 bpaksikn ayat 2.. kalau susah habiskan novel cinta high class insyaAllah video dr Sir Rosdi , bekas guru Hilal boleh mnjwbnya - "Memposisikan Cinta"
part 1 : http://www.youtube.com/watch?v=2WMD7-o3yLw&feature=channel&list=U

part 2 :http://www.youtube.com/watch?v=0HrOCw3ugQY&feature=channel&list=UL

part 3 : http://www.youtube.com/watch?v=nPvINfO7z0A&feature=channel&list=UL

part 4 : http://www.youtube.com/watch?v=gPHxSZvRa4U&feature=channel&list=UL

part 5 : http://www.youtube.com/watch?v=5p5hJaQhhdc&feature=channel&list=UL

part 6 : http://www.youtube.com/watch?v=C0g1xT2j7vU&feature=channel&list=UL


 person D: pendapatnya mengatakan, kita memilih utk beribadah kpd Allah dan berkahwin boleh menjadi salah satu ibadah kita kpd Allah. 


Nur Ainisya Dengan nama Allah yg Maha Sempurna. Saya yg Maha Dangkal Akalnya ingin m'justifikasikan post ini. Apa yg saya lihat, fenomena muslim sekarang ialah CINTA ISLAMIK. Muslimin muslimat terlalu byk b'angan2 tntang cinta slpas kahwin, etc. Peribadi muslimat byk disogok supaya m'dapat lelaki yg soleh dan sbgnya...(urgh, ikhlaskah hati ini dlm b'mujahadah?). Saya minta hayati lirik lagu 'di atas nama cinta'.
 
        komen sir rosdi mengenai " cinta islamik "

person E : Pendek tapi padat. Mendalam maksudnya.
Benar ukhti, ramai daripada golongan rijal dan nisa' atau lebih mudah remaja dan dewasa muda mengutamakan nikah dan mencari cinta meskipun yang halal sebelum mencari cinta Ilahi.
Ini sebabnya mereka memandang nikah sebagai kemudahan dan kesenangan bukannya tanggungjawab dan bebanan. Nikah menjadi barakah bila bukannya hanya didapati daripada cara halal tetapi juga kerana mempunyai cinta yang sama yakni kepada Ilahi.

Lillahi ta'la dalam segalanya. Amalan sebagai perantara, alat ke arah Jannatu Firdaus. Berbalik semula kepada misi Mardhatillah* yang dikejarkan.
            means* keredaan Allah 
           
"hendaklah kamu menjadi orang2 Rabbaniyyin(yang hanya mengabdikan diri kepada Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna) kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah dan kerana kamu selalu mempelajarinya".(Al-Imran:79)
 
person F:  tujuan hidup ialah ayat yg kedua . hmm ..ayat yg pertama is sign for ppl who give thought ... hm kena fikir kembali..
 
person G:  hmm.. setuju. tapi itu semua bergantung kpd ilmu pengetahuan kita.
dari mana kita dpt lihat ada kebaikan dan juga ada keburukan.
dan boleh membezakan yg mana baik & yg mana tidak.
disebabkan itu, ILMU sgt penting dlm hidup kita.
jika tiada ilmu, kita x akan kenal siapa Allah.
jika tiada ilmu, kita x akan kenal agama.
jika tiada ilmu, kita x akan tahu apa sebenarnya tujuan hidup kita.

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”
jadi, kita sebagai org yg berilmu seharusnya lebih tahu yg mana sepatutnya lebih diutamakan. InshaAllah..
:)n most of people nowadays mostly teenagers lebih utamakan yg 1st drpd yg 2nd yg sepatutnya menjadi keutamaan.
ini based on observation yg ana buatlah.
 
person H:  Ni cadangan...mungkin pendapat kot.....eh jap,soalan..bolehkah/mungkinkah trend cinta islamik digunakan untuk menarik kembali remaja kita yg dah tersasar jauh?
Mungkin untuk sesetengah orang,cinta yg berunsurkan islam dpt menarik perhatian remaja di luar sana. Yalah,mungkin sebelum kita nak berdakwah kpd mereka,kita tarik perhatian mereka dulu.
Ataupun.....
Cinta islamik itu hanya sekadar islam di permukaan sahaja?
Ataupun....
Istilah cinta itu sendiri disalahgunakan.
Manusia terlalu asyik dgn cinta sehingga terlupa mana satu halal dan haram. Media massa sendiri menyalahgunakan istilah cinta.
Pada pendapat saya,tiada wujudnya terma 'cinta islamik',yg wujud adalah cinta. Kerana ianya satu fitrah. Cuma,pilihan terletak di tangan kita. Itulah kelebihan yg Allah beri kpd kita yg x de kat makhluk lain. Kuasa untuk memilih. So,choose wisely. Erm,cik ainisya,saya rasa status awak ni mmg boleh dtgkan kesentapan dlm hati sesetengah org. Kalau orang salah faham,mereka boleh menafsirkan yg awak mungkin nak perli mereka sbb asyik dgn perkara2 yg berkaitan dgn 'cinta islamik'. Bkn saya ya. Saya mungkin dpt tangkap sikit maksud awak.
 
 
person I: Hurm tak setuju cinta islamik tu digunakan untuk menarik remaja yg dah trsasar. Firstly, kita bukanlah sangat desperate. Jangan jd macam orang kristian, sebabkan nak ramaikan penganut mereka benarkan banyak perkara yang bercanggah dlm bible tu sendiri. Cth boleh tak pakai tudung, perempuan tak boleh brcakap dalam church. Banyak lagi cara, and that's why we have to he creative

Sekarang terlalu banyak post2 cinta after nikah sup tulang rusuk whatsoever yg tak lain tak bukan produce anak2 muda yg lalai dan asyik dengan bayangan indah ni

Well mesti teruk Kalau kte tau realitinya tak seindah fantasi.

Nur Ainisya. My dear person I, saya sangat setuju dgn "tiada cinta islamik, cinta is cinta itself." Takde cinta islam, cinta kafir. Hmmm, t'tanya2. Kalau Rasulullah saw hidup zaman kita, mungkinkah baginda guna pendekatan cinta dlm kalangan remaja sekarang?? Saya mahu perkenalkan awak dgn sebuah komputer tp saya dok m'ceritakan tntang keistimewaan butang "Enter" pd keyboard komputer t'sebut. Saya pun dok berangan btapa istimewanya butang "Enter" tersebut. Tak sabar nk tgk butang tu bila b'kenalan nnt. Sejumpanya saya dgn komputer t'sebut, baru saya sedar bahawa fungsi komputer jauh lebih byk dari itu. Saya lupa mmikirkan kebijaksanaan Pencipta komputer dan tujuan utama komputer itu diciptakan.kemudian saye rase kelakar..

person J:skrg ramai masuk islam cz nmpak d miracles of Allah's word, tpi before the words of Allah diturunkan, hanya tauhid yang mengikat sume*terigt cite bilal* so maybe its time to ack to basic=) n sapa mkn cili mmg patut terasa pedasnya.. ni la dinmkn 'amr ma'auf nahi munkar.. syabas Nur Ainisya!!!!!
 
how about my opinion?
well, my opinion is based on the first hadith in 40 Hadith (Imam Nawawi)
  On the authority of Omar bin Al-Khattab, who said : I heared the messenger of Allah salla Allah u alihi wa sallam say :

"Actions are but by intention and every man shall have but that which he intended. Thus he whose migration was for Allah and His messenger, his migration was for Allah and His messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to take some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated."
related by Bukhari and Muslim 
 
so, everything we do is based on our 'niat'.. a song about the first hadith (muadz dzul)
 
other thing i want to add:
 
a little bit edit n add something to it..
so how about you? :) 

 
 

Monday, November 12, 2012

may Allah ease..

Assalamualaikum..
alhamdulillah, everything here is okey..
i already get my dslr n bb from pakcik razak n wife..
thank you so much.. :)
yesterday morning, i were skype-ing with my mother..
i saw my little sister, Mawaddah, shes already speak clearly..
i saw my grandmother, Wan, lying on the couch in the living room..
my sister, Raudah and Atiqah, watching the television..
my little brother, Ikhwan, shouting while playing with his friends..  
owhh,, only God knows how much i miss them..
anyway, my mom ask me what will i do for the winter break..
i say that i will be in alex only..
then she said, "its okey, you will have six years there, its along time.. you can also perform your hajj to..", i said "if i want to perform my hajj. i have to have a 'muhrim' with me.."
"well, you can search one.. or i send your brother there with you"
= ="
okey, what did my mom say.. its surprise me..
did she know that i have a feeling with someone here?
yes, i have a feeling with someone here.. he is eighteen, like me..
also taking medic, just like me.. almost everyday i see him here..
ya Allah, i just started my study here.. its a long journey for me..
please give me strength.. may Allah ease..