Tuesday, May 22, 2012

Kisah Si Tukang Cukur dan Si Pelanggan Yg Bijaksana....

Sedang mereka khusyuk berbicara banyak hal dan pelbagai topik perbincangan, secara tidak sengaja topik perbincangan beralih tentang TUHAN.

Si tukang cukur berkata, "Saya tidak percaya kalau TUHAN itu ada".
"Kenapa kamu berkata begitu?" Tanya si pelanggan.

"Begini, cuba kamu perhatikan di depan sana, di sebarang jalan ini .... sudah cukup membukitkan bahawa TUHAN itu tidak ada ".

"Katakan kepadaku, jika TUHAN itu ada. Kenapa harus ada yang sakit? Kenapa ada org yg menderita? kenapa ada yang hidupnya susah? ".

"Jika TUHAN ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan".

"Saya tidak dapat membayangkan TUHAN Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi".

Si pelanggan diam untuk berfikir sejenak, tapi tidak merespon apa yang dikatakan si tukang cukur tadi, kerana dia tidak mahu terlibat dalam pertengkaran pendapat.

Si tukang cukur pun menyelesaikan pekerjaannya dan si pelanggan pun pergi meninggalkan tempat si tukang cukur.

Beberapa saat setelah dia meninggalkan bilik itu dia melihat ada orang di tengah jalan dengan rambut yang panjang, berombak kasar , kotor dan berdaki, tidak pernah di membersihkan badannya.

Si pelanggan pun balik ke tempat tukang cukur tadi dan berkata:
"Kamu tahu, sebenarnya di dunia ini TIDAK ADA TUKANG CUKUR ..!"

Si tukang cukur tidak terima apa yang baru dikatakan oleh si pelangan tadi, dia bertanya: "Apa yang membuatkan kamu berkata demikian?".
"Saya tukang cukur dan saya ada di sini. Dan saya baru sahaja mencukurmu! "

"Tidak!" balas si pelanggan.
"Tukang cukur itu TIDAK ADA! Sebab jika tukang cukur itu ada, tidak akan ada orang yang rambutnya panjang yang kotor dan tidak terurus seperti orang yang di luar sana ", kata si pelanggan dengan berani.

"Ah tidak, tapi tukang cukur itu tetap ada!", Bantah si tukang cukur.
"Orang2 yang berabut panjang dan kotor yang kamu lihat itu adalah SALAH MEREKA SENDIRI, mengapa mereka tidak datang kepada saya untuk mencukur dan merapikan rambutnya?", Jawab si tukang cukur membela diri.

"Itulah point utamanya! .. Sama dengan TUHAN..!!

"Maksud kamu bagaimana?", Tanya si tukang cukur tidak mengerti.

Sebenarnya TUHAN ITU ADA!! Tapi lihat saja zaman sekarang..
Ramai manusia sombaong TIDAK MAU DATANG kepada-NYA, dan TIDAK MAU mencari-NYA ..
Oleh kerana itu banyak yang sakit dan tertimpa kesusahan di dunia ini. "

Si tukang cukur tersentap kaku dan malu..!! Dalam hati dia berkata: "Benar juga apa kata dia .. mengapa aku tidak mahu datang kepada TUHANKU, untuk beribadah dan berdoa, memohon agar dihindarkan dari segala kesusahan dalam hidup ini ..?"

#copypaste

No comments:

Post a Comment